Monday 5 October 2015

Fruit Cocktail (Resepi sendiri)

Posted by Hati Kosong (NAZ) at 17:21
Ramai yang tanya saya macam mana nak buat fruit cocktail yang pekat dan sedap macam saya.. Senang saje.. Bahan-bahannya pun x mahal. Jom ^^

Bahan-Bahannya: 


1. Fruit Cocktail (tidak kira jenama tapi yang seeloknya Hosen dan  Dechef).
2. Susu Pekat (boleh je jenama apa tapi kalau saya, saya guna susu  pekat Gold Coin sebab rasanya yang 
    tidak terlampau manis. Kalau susu pekat yang terlampau manis ianya akan merosakkan rasa buah).
.3. Susu Cair (saya guna susu cair F&N sebab ianya akan menyedapkan lagi rasa).
4. Nata de coco (jenama Dolphin dan seeloknya perisa laici).
5. Jelly (kalau di Kelantan, kitaorang panggil Sumi ^^

 * Kalau korang suka, korang boleh masukkan juga buah-buahan segar macam epal, strawberi dan
    sebagainya (yang dipotong dadu). Selain itu boleh juga masukkan krim soda atau air soda.


Cara-caranya (untuk 1 tin fruit cocktail):

1. Masukkan 1 tin fruit cocktail kedalam jag besar.
2. Masukkan setengah bekas nata de coco ke dalam jag yang sama. Masukkan sekali jusnya sebanyak
    mana yang korang mahu tapi jangan sampai habis 1 bekas.hehe ^^
3. Masukkan jelly (yang dipotong) dan yang suka buah segar masukkan sekali.
4. Masukkan setengah tin susu cair.
5. Masukkan susu pekat sampai manis susunya terasa. Suka hati korang la nak masukkan banyak mana.
    Janji jangan terlampau manis.

p/s: Jangan letak ais dalam jag fruit cocktail yang korang buat tu nanti rasanya jadi lain. Letak ais dalam
      mangkuk yang korang nak makan nanti..
     : Kalau cocktail korang terlampau pekat masukkan jus nata de coco. Kalau nak masukkan air kosong
       juga boleh tapi jangan terlalu banyak sebab rasaya akan rosak.

* SELAMAT MENCUBA ^-*









0 comments:

Post a Comment

 

Pencuri Pensil ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review